Jumaat, 22 Mei 2015

Perancangan Taman Putra Utama

Pada asalnya,dahulunya tapak asal projek ialah sebidang tanah padi yang berdekatan kawasan Bukit Lagi. Kalau orang perlis tak tau kat mana bukit lagi google search lah okay? Haha. Tapak projek nieh betul-betul berhadapan dengan Taman Kemajuan. Sebagai contoh ada dalam gambar dibawah. Tenang jaa tengok padi kehijauan dengan berlatarkan bukit pulak. Sorry noh admin pinjam gambaq sat.

Sumber : irdinailham.blogspot.com

Semasa tanah sudah di pecah lot tanah oleh Mantan MB Perlis,Dato Seri Md Isa, hura-hura katanya ada projek mega di perlis untuk membina Tesco Supermarket, Stesen Bas ,Perumahan dan Lot kedai. Tapi malangnya, Tesco TIDAK beroperasi dan diganti dengan Mydin manakala uar -uar (tak pasti) dengaq kata stesen bas baru akan dibuat di Seriab di tapak projek "Kangar Jaya".

Bagi aku baguslah support syarikat Malaysia . Anggaran tapak projek seluas 18 hektar di mukim Behor Gandil yang melibatkan kos RM200 juta. Projek dilaksana oleh Aima Development Sdn Bhd dimana syarikat pemaju ternama di utara tanah air.

Bila kita dengaq negeri Perlis mahu mencapai maklamat negeri maju 2015. Kita berasa bangga dan kagum apabila kerajaan mahu menaikkan taraf ekonomi rakyat negeri perlis. Maksudnya , memperbagaikan kemudahan2 untuk rakyat Perlis. Ada sedikit gambar di mana hampa boleh tengok yang saya dapat dari sumber Google.

Peta lakaran
Sumber -  Aima Sdn Bhd

Gambaran 3D Giant Kangar Mall.
Sumber - GCH Sdn Bhd
Pandangan dari Taman Putra Utama
Sumber dari Admin

Lot Kedai - Takdak gambaq latest pula
Sumber : Aima Sdn Bhd
Semua gambar di atas adalah perancangan di Taman Putra Utama. Kemungkinan 2-3 tahun akan datang, kawasan ini akan menjadi tumpuan penduduk sekitarnya dengan adanya kemudahan2 yg serba baru dan canggih. Tambahan pula, memudahkan orang kangaq tidak perlu pi jauh-jauh sampai loq staq (aloq setar) utk membeli belah dan  kawasannya yang sungguh strategik bersebelahan Jalan Raja Syed Alwi di mana merupakan jalan raya domestik di Kangaq. Sekian itu sahaja informasi dari saya. Sorry noh klu ada info kurang tepat. Sekian dari saya.






Pengenalan Diri



Assamualaikum . Tujuan utama saya membina blog ini sebagai medium untuk diri sendiri. Secara umumnya, membina website kepunyaan sendiri memang sangat rumit dan mahal. Sebagai contoh kena beli domain,subdomain,programing dan kepelbagaian lagi. Jadi dengan adanya blogspot, medium yang mudah dan percuma untuk sesiapa untuk berkongsi pendapat,ilmu,luahkan perasan dan sebagainya. 

Blog ini adalah ruang untuk saya berkongsi dengan pembaca, memberikan idea dan tips-tips untuk kediaman saya dari masa ke semasa disamping menawarkan khidmat2 mereka bentuk untuk kediaman, hiasan dalaman, landskap, ruang, pejabat dan sebagainya. Semoga maklumat dapat membantu serba sedikit untuk tujuan hal-hal rumah anda.